BERITA UTAMA

4 maut kereta lumba terbabas, rempuh penonton

BUDAPEST – Sekurang-kurang empat terkorban dan lapan lagi cedera apabila sebuah kereta lumba terbabas lalu merempuh penonton pada satu perlumbaan di utara Hungary, semalam.

Menurut polis dalam satu kenyataan, kemalangan berlaku apabila kereta itu terbabas keluar dari jalan perlumbaan, namun punca kejadian masih dalam siasatan.

Susulan itu, perkhidmatan kecemasan memberitahu laman berita Index.hu, beberapa ambulans serta helikopter penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Penganjur kemudian turut menghentikan perlumbaan.

Index.hu melaporkan, seorang kanak-kanak yang mengalami kecederaan mengancam nyawa, telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Seorang lagi individu turut dilaporkan mengalami kecederaan serius, manakala enam mangsa cedera ringan. – REUTERS

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *