SELAMAT menyambut Hari Ulang Tahun Angkatan Pertahanan Awam (HUTPA) ke-72 kepada seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Semoga seluruh anggota APM terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam pelbagai misi kecemasan dan bencana tanpa mengira waktu dan ketika.
Demikian ucapan daripada Presiden Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM), Datuk Seri Paduka Ramle Mat Daly kepada seluruh warga APM yang menyambut hari ulang tahunnya semalam.
Beliau, antara tetamu kehormat jemputan APM ke sambutan itu yang diadakan serentak dengan majlis iftar di Dewan Tun Perak Ibupejabat APM Bangi.
Wakil PSBM turut dihadiri Setiausahanya, Kapten (B) Che Shariff Othman dan Bendahari, Dr. Wan Aziz Samsudin.
Majlis diserikan dengan penganugerahan bintan dan pingat serta penganugerahan reben perkhidmatan dan kecemerlangan yang disampaikan Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Mohamed.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, TPj. Bersekutu (PA) Datuk Ismail Mohd Zawawi dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, TPj. (PA) Abdul Wahab Rahim.
Majlis sambutan dan iftar berakhir dengan solat sunat Tarawih di surau ibupejabat APM. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!