BERITA UTAMA
Muhyiddin diminta beri kerjasama siasatan kes 3R

Tiada pihak dibenar buat tindakan sendiri – Saifuddin

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak mengambil tindakan sendiri dalam menghadapi apa juga situasi dalam negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau percaya dalam kalangan warga negara ini yang waras tahu mengenai prinsip kedaulatan undang-undang negara.

“Sekiranya kita membenarkan pihak terbabit mengambil tindakan sendiri, bagaimana nasib negara di masa depan.

“Biarlah polis menjalankan tugas dan menyiasat perkara itu,” katanya dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Bertemu Agensi dan Jabatan di bawah kementeriannya dan media di sini, hari ini mengulas kebimbangan Lawyers for Liberty (LFL) yang membangkitkan persoalan mengapa orang berjawatan dibiarkan tanpa tindakan, sedangkan individu biasa dan tidak dikenali dihukum penjara atas komennya mengenai isu stoking.

Dalam kenyataan itu, Pengarah Kumpulan Hak Asasi Manusia itu, Zaid Malek merujuk kepada hukuman penjara dan denda dikenakan ke atas Chiok Wai Loong dan Ricky Shane Cagampang mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998 kerana membuat hantaran Facebook yang menyinggung perasaan.

Kontroversi itu timbul selepas gambar stoking yang dijual di kedai serbaneka KK Mart Bandar Sunway, tular di media sosial Rabu lalu, menimbulkan kemarahan masyarakat Islam dan mencetuskan gesaan untuk memboikot.

Mengenai kontroversi stoking berkenaan, Saifuddin berkata kerajaan tidak mahu memanjangkan isu terbabit kerana ada perkara lain yang ingin diberi tumpuan seperti ekonomi. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

 Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *