BERITA UTAMA

Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan – Tunku Ismail

PEMILIK kelab juara Liga Super 10 kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.

Malah, Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor berkata, situasi tersebut sekali gus tidak akan menghasilkan liga yang lebih berkualiti pada masa depan.

Menurutnya, padang bola sepak dimiliki kebanyakan pasukan yang bertanding di Liga-M dianggap masih jauh ketinggalan dengan pasukan dari negara serantau.

“Bukan SNBJ sahaja. Semua stadium dalam negara sama, berlopak ketika hujan. Yang tidak berlopak adalah Stadium Sultan Ibrahim di Johor. Itu adalah fakta. Cow grass mempunyai tanah liat bercampur dengan tanah gambut. Itu buatkan air susah nak serap.

“Kita juga satu-satunya negara Asia Tenggara yang masih sanjung rumput lembu. Fasiliti dan infra bola sepak teruk.

“Mentaliti bodoh sombong, cepat puas hati, selesa, tidak boleh terima fakta dan sentiasa ada alasan untuk jatuhkan standard liga kita,” tulis Tunku Ismail dalam hantaran menerusi Instagram Story.

Tunku Ismail kemudian sekali lagi menitipkan nasihat berkata, “Thailand sudah atas kita. Indonesia atas kita dalam segi infrastruktur dan kalau mentaliti kita tidak berubah.

“Liga negara macam Vietnam, Filipina dan Kemboja akan pintas kita dalam segi infrastruktur bola sepak yang memainkan peranan penting dalam melahirkan kualiti dan standard liga. ‘Good Luck’.” – SINAR HARIAN

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *