BERITA UTAMA

Solat Dhuha, Hajat, bacaan Yaasin, Tahlil, doa selamat sempena peringatan Hari Polis ke-217.

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan hadir ke program solat sunat Dhuha, solat sunat Hajat, bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat sempena peringatan Hari Polis ke-217 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pagi tadi.

Kehadiran program ini dihadiri warga kerja IPK Selangor serta IPD Shah Alam yang mana diadakan di Surau Khalid Al-Walid dan merupakan anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), IPK Selangor.

Pengisian program dimulai dengan menunaikan solat sunat Dhuha, solat sunat Hajat, bacaan Yaasin, tahlil, doa selamat dan tazkirah Jumaat sempena peringatan Hari Polis ke-217 yang dipimpin Muhammad Razmil Rizal Aminan dari Cawangan Agama dan Kaunseling, JIPS IPK Selangor.

Ketua Polis Selangor bersama Ketua-Ketua Jabatan Selangor serta semua jemaah surau turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk, ‘Polis dan Masyarkat Berpisah Tiada: Ramadan Dihayati, Keamanan Disyukuri’ yang disampaikan khatib ASP Nasrul Hadi Jahat dari Cawangan Pelesenan Jabatan Pengurusan Selangor, manakala SJN Mohd Ridhwan Mohamed Ramli dari Balai Polis USJ 8, IPD Subang Jaya turut mengimamkan solat Jumaat.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan Selangor, SAC Abdul Ghani Ahmad; Ketua Cawangan Khas Selangor, SAC Salim Youb; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Selangor, SAC Mohd Padzli Mohd Zain; Ketua-ketua Jabatan dan wakil, Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Kontinjen Selangor. – NasionalDaily

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *