BERITA UTAMA

Ekonomi negara lebih stabil pasca pandemik – Anwar

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia telah menjadi lebih stabil pasca pandemik, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar inflasi pada suku keempat tahun 2023 hanya 1.6 peratus berbanding 2.20 peratus pada suku ketiga.

Kata beliau, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pula kekal bertumbuh pada kadar 3.7 peratus pada tahun 2023, meskipun berdepan pelbagai asakan dan kemeruapan ekonomi global.

“Dengan peningkatan eksport sebanyak 8.7 peratus pada Januari 2024 serta banyak lagi ikhtiar kerajaan untuk merancakkan ekonomi, insya-Allah peningkatan KDNK pada tahun ini akan lebih mampan pada kadar 4 peratus hingga 5 peratus seperti diunjur oleh kerajaan.

“Kerajaan Madani bertegas memastikan rakyat tidak diasak oleh pihak yang ingin mengambil keuntungan berlebihan, lebih lagi bagi barangan keperluan harian seperti beras.

“Bagi memperkukuh bantuan kepada golongan yang perlu, kerajaan akan terus konsisten dengan pendekatan menyasarkan semula bantuan dan subsidi serta memastikan bantuan dan subsidi itu benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan dan ini lebih dekat dengan makna keadilan,” katanya dalam ucaptama di Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, jika rakyat faham pendekatan subsidi pukal diguna pakai dahulu turut memanfaatkan golongan kaya dan warga asing dan mengapa mahu diteruskan lagi.

Lantaran itu, kata beliau, subsidi mesti diarahkan semula kepada masyarakat yang melarat dan terpinggir dan ini tentunya mencakup golongan miskin bandar serta desa.

Beliau turut menjawab tuduhan kononnya kerajaan Madani berlaku zalim dan tidak melunaskan wang ehsan kepada Terengganu dengan menyatakan, ia sekadar tohmahan murahan.

“Walhasil, RM786 juta hasil petroleum telah disalurkan kepada kerajaan negeri Terengganu untuk keperluan bayaran gaji serta komitmen kontrak.

“Malah, kerajaan juga memenuhi semua tuntutan bayaran Pemberian Persekutuan kepada Terengganu iberjumlah RM413.64 juta pada tahun 2023 berbanding RM399.12 juta (2022); dan ini dijangka terus meningkat pada tahun 2024.

“Agihan peruntukan untuk Belanja Pembangunan juga kita tingkatkan untuk negeri Terengganu iaitu daripada RM1.55 bilion (2023) kepada RM1.59 bilion (2024),” katanya. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *