BERITA UTAMA

ADUN Kuala Kubu Baharu meninggal dunia

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia akibat kanser awal hari ini.

Berita kematian itu disahkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini.

“Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada pelbagai pihak dan pasti dirasai terutamanya oleh penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili dan dibantu oleh Puan Lee Kee Hiong sejak sebelum dia menjadi wakil rakyat.

“Mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Puan Lee Kee Hiong serta seluruh sahabat dan anggota di dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kehilangan tokoh berpengalaman.

“Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik yang mencabar ini,” kata Amirudin.

Mendiang Kee Hiong, 58, dikatakan telah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.

Mendiang adalah wakil rakyat DUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 dan ini adalah penggal ketiganya selepas mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023. – NasionalDaily

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *