BERITA UTAMA

LTdL 2024 sah bermula di Langkawi tamat di Sarawak

PERLUMBAAN Berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang bermula September ini bakal menjadi saingan paling diingati dalam sejarah penganjurannya.

Astro Arena melaporkan, ini kerana perlumbaan berkenaan akan kembali ke bumi Langkawi, di mana destinasi ikonik berkenaan menjadi lokasi pembukaan perlumbaan peringkat pertama.

Selain itu, edisi kali ini juga akan menampilkan Sarawak sebagai perlumbaan penutup, yang juga peringkat ketujuh dan kelapan.

Perkara itu diumumkan dalam Majlis Pelancaran LTdL 2024, yang disiarkan secara langsung di Astro Arena pagi ini. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *