BERITA UTAMA

Lelaki maut selepas jatuh dari belon udara panas di Melbourne

MELBOURNE – Seorang lelaki menemui ajal selepas jatuh dari belon udara panas hari ini, ketika terbang di udara.

Belon udara itu berlepas dari luar bandar Melbourne di sebelah utara pada awal pagi dan terapung di udara selama sekitar 30 minit sebelum lelaki itu jatuh dari bakul belon udara berkenaan.

Jasadnya ditemui di kawasan perumahan, di mana ia ditutup kepada lalu lintas oleh polis daerah Victoria.

Belon udara itu mendarat dengan selamat beberapa batu dari jasad lelaki itu ditemui.

Polis menyatakan ia akan menyiapkan laporan bagi koroner dan kematian itu tidak dianggap sebagai mencurigakan.

Polis juga sedang menghubungi juruterbang, penumpang dan saksi bagi insiden belon udara itu.

Industri Belon Udara Panas Komersil Kebangsaan dan Persekutuan Belon Australia meluahkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan lelaki itu.

“Bakul belon udara panas direka bentuk dengan menerapkan aspek keselamatan, terutama sekali bagi mencegah penumpang daripada jatuh dengan tidak sengaja atau daripada sebarang insiden terkeluar daripada bakul belon secara tidak sengaja.

“Para penumpang dan juruterbang sedang mengalami trauma akibat tragedi itu dan pengendalinya sedang mengaturkan sokongan psikologi dan kaunseling untuk semua yang terjejas,” tulis kenyataan itu.

Insiden tersebut juga disiasat oleh pengawal selia keselamatan udara dan di tempat kerja. – AP

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *