BERITA UTAMA

Bongkah keluli makhluk asing muncul tiba-tiba

CARDIFF – Kemunculan monolit setinggi tiga meter secara tiba-tiba di sebuah kawasan bukit di Hay-on-Wye, Wales di United Kingdom (UK) mencetuskan tanda tanya.

Penduduk di bandar Powys terkejut selepas melihat bongkah keluli yang berbentuk seperti coklat Toblerone gergasi di Hay Bluff pada akhir minggu lalu.

Richard Hayens yang mengambil gambar objek misteri itu memberitahu WalesOnline tentang penemuan aneh tersebut.

Menurutnya, monolit tersebut tiada di lokasi tersebut sebelum ini malah rakannya yang melalui kawasan itu kira-kira dua minggu lalu juga mengesahkan perkara berkenaan.

“Ia muncul di Google baru-baru ini, namun ‘hilang’ beberapa hari kemudian,” ujarnya lagi.

Penampakan monolit tersebut turut mencetuskan pelbagai teori malah ada yang percaya ia adalah ‘hasil kerja’ makhluk asing.

Selain itu, ada juga yang mendakwa ia mungkin karya unik seperti dihasilkan artis seni jalanan, Banksy.

Pada 2020, kemunculan monolit misteri pernah dilaporkan di kawasan luar bandar seluruh Eropah termasuk di Isle of Wigh dan lingkaran batu Merry Maidens di Cornwall. – Agensi

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *