BERITA UTAMA

Jet tempur ‘Tejas’ milik tentera India terhempas

NEW DELHI – Sebuah pesawat tempur ringan (LCA) ‘Tejas’ milik Tentera Udara India (IAF) terhempas di negeri barat Rajasthan pada Selasa semasa latihan,

Juruterbang tunggal dalam jet malang itu dilaporkan selamat.

Ia merupakan kejadian pertama sejak pesawat berkenaan dikeluarkan hampir lapan tahun lalu.

Jet tempur ringan itu, yang dipanggil Tejas, yang bermaksud nyalaan atau kecemerlangan dalam bahasa Sanskrit, telah menyertai pasukan itu pada 2016 selepas menunggu lama dalam usaha India untuk memodenkan sebahagian besarn era Soviet.

Nahas pada Selasa memecahkan rekod keselamatan jet itu sejak penerbangan ujian pertamanya lebih dua dekad lalu.

Laporan awal menunjukkan kegagalan enjin sebagai punca kemalangan LCA Tejas di Jaisalmer.

Siasatan telah dibentuk untuk mengetahui punca kemalangan itu, memetik seorang pegawai pertahanan sebagai berkata. – Agensi

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *