BERITA UTAMA

Polis kesan lelaki disyaki sengaja sebabkan kemalangan untuk dapatkan ganti rugi

GEORGE TOWN – Polis mengesan seorang lelaki disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana hendak mendapatkan ganti rugi.

Memetik Bernama, video rakaman mengenai kegiatan lelaki terbabit tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab. Hamid berkata, siasatan menunjukkan lelaki itu sengaja mencetuskan kemalangan di beberapa lokasi sekitar George Town, Jalan Masjid Negeri, Taman Tun Sardon dan Bukit Gambir.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian membabitkan lelaki itu dan siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan suspek.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada kami,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Video memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal sengaja mencetuskan kemalangan dengan melanggar kenderaan lain sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.

Suspek kemudian meminta ganti rugi antara RM30 hingga RM100. –  NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *