BERITA UTAMA

‘Dominator’ rangkul tiga gelaran Champion

SYABAS dan tahniah kepada pasukan Bomba Rugby Club (BRC) HQ Putrajaya atau lebih dikenali sebagai ‘Dominator’ kerana dinobat sebagai ‘Champion Bowl’ kategori Men’s Open sempena Putrajaya Rugby Carnival (PRC) 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 Mac lalu di Padang Ragbi A UPM Serdang.

Pasukan Dominator sebelum ini telah merangkul ‘Champion Plate’ di Kejohanan Bintulu 10’s November lalu dan merupakan ‘Champion Cup’ Piala Ketua Pengarah JBPM Edisi Sulung 2023.

PRC 2024 ini telah disertai 16 pasukan bagi kategori Men’s Open termasuk kelab ragbi ternama seperti SSTMI Tsunami, MPK Royal Town Warriors dan banyak lagi.

Terima kasih kepada penganjur, barisan pengadil, pasukan bertanding serta ahli keluarga dan rakan sahabat yang hadir memberi sokongan.

Tahniah sekali lagi buat pengurusan BRC Dominator, PgKB l Ts. Mohd Fahmi Badulrudin dan PPgB Muhammad Farid Ifwat Mohamed Nor serta pemain ragbi BRC Dominator. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *