Tajuk Utama

    Israel berdepan akibatnya jika larang masuk Masjid Al-Aqsa’ – Erdogan

    ANKARA – Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi amaran Israel akan berhadapan dengan akibat buruk sekiranya mereka melarang umat Islam Palestin dari memasuki Masjid Al-Aqsa pada Ramadan ini.

    Erdogan berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Ankara.

    “Dalam konteks bulan Ramadan yang semakin hampir, kami menyampaikan mesej kami ke tempat-tempat yang diperlukan mengenai keperluan untuk mencegah provokasi.

    “Tuntutan ahli politik Israel yang radikal untuk menyekat kemasukan orang Islam ke Masjid Al-Aqsa adalah mengarut, langkah sudah pasti akan membawa akibat yang teruk,” katanya.

    Pejabat Perdana Menteri Israel mengeluarkan kenyataan akan membenarkan jumlah jemaah yang sama memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis pada minggu pertama Ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya.

    Keputusan itu dipersetujui dengan pegawai tertinggi keselamatan Israel semasa mesyuarat mengenai persiapan menjelang bulan puasa umat Islam tanpa memberikan jumlah tertentu. – NasionalDaily

    NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *