SANAA – Kumpulan Houthi Yaman melancarkan serangan ketenteraan yang menyasarkan dua kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah.
Jurucakap tentera kumpulan itu, Yahya Sarea, berkata kapal-kapal itu disasarkan dengan teknologi ketenteraan, serangan beberapa peluru berpandu dan dron tentera laut.
“Angkatan bersenjata Yaman tidak akan teragak-agak untuk mengembangkan operasi mereka terhadap semua sasaran yang bermusuhan sebagai menyahut seruan orang-orang merdeka dari rakyat kami dan negara Islam untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rakyat Palestin, yang sehingga saat ini sedang ditakluk.
“Kepada pencerobohan dan pengepungan, operasi angkatan tentera Yaman tidak akan berhenti sehingga pencerobohan berhenti dan kepungan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza ditarik balik,” katanya.
Serangan Laut Mmerah Houthi telah mengganggu perkapalan global, memaksa syarikat perkapalan untuk menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh dan panjang di sekitar Afrika Selatan.
Ia mencetuskan kebimbangan bahawa perang Israel-Palestin boleh merebak dan menjejaskan kestabilan Asia Barat yang lebih luas.
Tindakan pejuang Houthi sejak pertengahan merupakan solidariti dengan rakyat Palestin terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza.
Mereka tidak akan berhenti, sehingga pembantaian Zionis di Gaza dihentikan.
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily