Tujuh kertas siasatan dibuka melibatkan pegawai, kakitangan awam polis

KOTA BHARU – Sebanyak tujuh kertas siasatan tatatertib dibuka terhadap pegawai dan anggota polis di Kelantan setakat ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semua kes tersebut berlaku tahun ini dan masih dalam siasatan.

Kata beliau, antara siasatan itu melibatkan dua kes khalwat dan satu kes kakitangan awam yang melakukan kesilapan.

“Kita juga turut menyiasat kesalahan berkaitan tahanan lolos ketika berada dalam tahanan lokap Mahkamah Pasir Mas serta kes rogol di Tumpat.

“Siasatan dilakukan bagi memastikan mereka yang bersalah berdepan dengan tindakan dan kita mahu pastikan tidak ada lagi kes seperti itu berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang dan Pengerusi PERKEP, di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki meminta agar empat lelaki yang terlibat kesalahan jenayah bersabit kes pukul, ugut, mendatangkan kecederaan dan pecah rumah yang dilakukan di Kota Bharu tampil membantu siasatan.

Menurutnya, senarai orang dikehendaki sudah dikeluarkan semalam dan meminta mereka yang terlibat memberikan kerjasama.

Antara nama dikeluarkan ialah Mohd Fared Abdul Ghani, 56, yang merupakan Presiden Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia, Mohd Izani Ibrahim, 42, Mohd Haziman Hikamarhakimi, 37, dan dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry, 35. – NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *