“ALONG suka mama terus sibuk setelah pencen,” kata anak perempuan sulong kami kepada mamanya yang sejak bersara aktif dengan macam-macam hal. Antaranya kelas bahasa Inggeris kepada anak-anak di kampung dan belajar kelas Iqra dan Quran bersama pekerja kebun.
Kesibukan membuat mamanya sihat mental dan fizikal. Along mensyukuri nikmat kesihatan dan nikmat-nikmat lain yang diberikan oleh Allah kepada mamanya, membuat Along bahagia.
Along bahagia kerana kesibukan tidak menyebabkan mamanya membilang hari-hari yang berlalu – sebelum hari terakhir itu tiba. Along tidak suka mamanya hidup membilang hari dan menunggu sisa-sisa hidup yang ada.
Bayangkan kekayaan pengalaman mamanya sebagai seorang guru selama hampir 40 tahun itu tidak dapat dimanfaatkan setelah mamanya bersara.
Along gembira kerana mama tidak berhenti dan meneruskan nikmat mengajar dan mendidik yang telah diberikan padanya.
#puisispontan
Terlintas juga dalam hati, alangkah bagusnya jika ilmu dan seni membuat bubu seperti ini foto di atas ini diajar semula di kampung-kampung kita.
Kraftangan tangan seperti ini sudah sukar ditemui lagi sekarang ini.
Kini, PLASTIK telah mengambilalih sesetengah produk kraftangan tradisi kita. – NasionalDaily
Kassim Muhamad
Kundasang, Sabah.
5 Mac 2024.
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily