Tajuk Utama

    KWSP umum dividen 5.5 peratus

    KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 2023 yang lebih tinggi, iaitu 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan shariah.

    Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah agihan bagi simpanan konvensional melibatkan RM50.33 bilion, manakala bagi simpanan shariah, RM7.48 bilion.

    Memetik Astro AWANI Ahmad Zulqarnain sebagai berkata, ini bermakna, keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.81 bilion.

    “Setakat 31 Disember 2023, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM66.99 bilion, meningkat 29 peratus berbanding 51.91 bilion pada 2022.

    “Jumlah ini adalah selepas mengambil kira turun naik kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun tersebut.

    “Daripada RM66.99 bilion jumlah pendapatan pelaburan, RM5.72 bilion dijana daripada keuntungan market-to-market (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan dan tidak akan menjadi sebahagian daripada pengagihan dividen,” katanya pada taklimat prestasi kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara, dekat sini, hari ini.

    Tahun lalu, KWSP mengumumkan dividen 2022 sebanyak 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan shariah.

    Ia sekali gus menepati ramalan pakar ekonomi yang menjangkakan kadar dividen bagi 2023 akan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya berdasarkan prestasi dana pencen itu sepanjang tahun lalu.

    Dividen paling tinggi pernah diberikan oleh KWSP adalah 8.5 peratus iaitu dari 1983 hingga 1987. – NasionalDaily

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *