KPDN pantau peniaga makanan, minuman ambil kesempatan kenaikan SST

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan pemantauan pelaksanaan kenaikan SST di kedai makanan seluruh negara berkuatkuasa semalam.

Pemantauan itu dilakukan bagi memastikan kenaikan SST lapan peratus tidak melibatkan makanan dan minuman, yang menimbulkan kerisauan orang ramai mengenai penguatkuasaannya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam hantaran di Facebooknya berkata, Ops Kesan akan memantau termasuk sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan sukai perkhidmatan seperti makanan dan minuman supaya tiada siapa boleh ambil kesempatan.

“Kalau anda terjumpa mana-mana kedai yang menaikkan harga secara tidak wajar, boleh terus laporkan kepada KPDN,” katanya.

Kata beliau, Ops Kesan juga bertujuan memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *