MARANG – Musim tengkujuh bukan penghalang buat 54 pelumba jentera pacuan empat roda (4×4) untuk berentap dalam kejuaraan GG4x4 Medium Core 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat ini.
Berpusat di Bukit Payung, Marang, kejohanan itu mempertaruhkan dua kategori iaitu Medium Core dan Hantu Hardcore yang menghimpunkan penyertaan pemilik jentera persendirian serta pelumba berpengalaman dari beberapa negeri.
Pengarah pertandingan, Tengku Khairul A. Rahman berkata, penganjuran pada asalnya dirancang khusus untuk memberi peluang kepada pemilik jentera 4×4 persendirian, khususnya penduduk sekitar Marang, merasai pengalaman menyertai pertandingan sebenar.
Bagaimanapun, sambutan daripada komuniti 4×4 luar Terengganu membuka ruang kepada penganjur untuk memperkenalkan kategori Hantu Hardcore bagi memenuhi permintaan pelumba profesional yang turut tertarik dengan cabaran ketika musim hujan.
“Sememangnya kami tidak menyangka menerima sejumlah besar penyertaan malah ada di antara pelumba ini sanggup hadir dari beberapa negeri untuk berlumba di sini.
“Sebenarnya penganjuran ini untuk memberi peluang buat pemilik-pemilik 4×4 persendirian khususnya sekitar penduduk kampung di sini untuk merasai cabaran perlumbaan sebenar.
“Namun oleh kerana terdapat permintaan dari pelumba-pelumba profesional yang inginkan cabaran ketika musim hujan ini, kategori Hantu Hardcore menjadi pentas untuk mereka berlumba,” katanya.
Tengku Khairul yang juga pelumba profesional dan pernah beraksi di peringkat antarabangsa berkata, kejohanan itu tidak menawarkan hadiah kemenangan yang besar, namun sambutan diterima cukup memberangsangkan.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Setiap peserta perlu menamatkan lima peringkat cabaran atau special stage (SS), dengan setiap peringkat diperuntukkan tempoh 15 minit sepanjang kejohanan anjuran Kelab GG4x4 yang berpangkalan di Kampung Binjai Bongkok itu.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
