MCA Jangan Politikkan Larangan Penjualan Arak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Mujahid: Perbezaan Pandangan Dalam Lembaga Pengampunan Bukan Penderhakaan

KUALA LUMPUR – Perbezaan pandangan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak boleh disifatkan secara automatik sebagai tindakan ingkar atau penderhakaan terhadap institusi diraja, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan rekod, tindakan sebenar dan kedudukan undang-undang.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, setiap anggota Lembaga Pengampunan mempunyai tanggungjawab memberikan pandangan secara jujur, berasas dan bertanggungjawab sebelum sesuatu keputusan dimuktamadkan.

Beliau menegaskan, tanggungjawab memberikan nasihat tidak bercanggah dengan kewajipan menjunjung kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, beliau sentiasa menghormati kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta kuasa prerogatif pengampunan yang termaktub dalam Perlembagaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Perbezaan pandangan ketika mesyuarat tidak dengan sendirinya membuktikan keingkaran atau penderhakaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mujahid berkata, sebarang keputusan yang dimuktamadkan secara sah perlu dihormati dan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

Bagaimanapun, dakwaan mengenai keingkaran tidak seharusnya dibuat berdasarkan tanggapan atau label politik semata-mata, sebaliknya perlu diteliti dengan mengambil kira keseluruhan rekod dan fakta berkaitan.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa pihak berkuasa berkaitan memberikan pengesahan rasmi berhubung status penyahklasifikasian dokumen, selain mengesahkan kesahihan serta kelengkapan salinan minit mesyuarat yang kini beredar.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya, pengesahan itu penting bagi memastikan sebarang perbahasan mengenai isu berkenaan berpandukan maklumat yang sahih dan tidak mencetuskan kesimpulan terburu-buru.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menyeret institusi diraja ke dalam pertikaian kepartian yang boleh menjejaskan penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan.

Mujahid menegaskan pendiriannya berteraskan penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan, keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

“Menjunjung kuasa pengampunan dan memberikan nasihat yang jujur ialah dua tanggungjawab yang tidak bercanggah antara satu sama lain,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *