Malaysia berpotensi jadi hab MRO helikopter serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia berpotensi menjadi pusat serantau bagi kerja pembaikan aksesori enjin helikopter dan latihan teknikal menerusi cadangan penubuhan Pusat Pembaikan Aksesori Enjin Helikopter dan Latihan (HEART).

Cadangan itu akan diterokai oleh anak syarikat milik penuh GTA Holdings Bhd, Global Turbine Asia Sdn Bhd (Global Turbine), bersama Safran Helicopter Engines Asia Pte Ltd (SHEA).

Kedua-dua pihak memeterai memorandum persefahaman (MoU) tidak mengikat bagi menilai pembangunan keupayaan pembaikan aksesori enjin helikopter khusus serta latihan teknikal di Malaysia.

Antara bidang yang akan diterokai ialah pembangunan keupayaan penyelenggaraan dan operasi peringkat empat bagi unit boleh ganti dalam talian atau Line Replaceable Unit (LRU) enjin Makila 2.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Usaha itu dijangka dilaksanakan menerusi pemindahan pengetahuan, latihan teknikal khusus dan proses melayakkan tenaga kerja Malaysia bagi menjalankan penyelenggaraan mengikut piawaian pengeluar peralatan asal.

Jika direalisasikan, Pusat HEART dicadangkan berperanan sebagai pusat khusus serantau yang memberi perkhidmatan kepada pengendali helikopter Airbus menggunakan enjin Safran di Malaysia dan negara serantau.

SHEA akan meneroka penyediaan pengetahuan pembaikan, prosedur, data teknikal dan sokongan latihan daripada pengeluar peralatan asal, manakala Global Turbine menilai pelaburan diperlukan bagi kemudahan, peralatan, bangku ujian serta tenaga kerja berkelayakan.

Kedua-dua pihak juga bercadang menubuhkan kumpulan kerja bersama bagi menentukan skop teknikal, tahap keupayaan, sasaran pelaksanaan, keperluan sumber dan tanggungjawab masing-masing.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Global Turbine mempunyai asas pengalaman dalam bidang berkenaan selepas lebih 15 tahun beroperasi sebagai Pusat Penyelenggaraan Sah Safran Helicopter Engines di Malaysia.

Syarikat itu kini menyokong enjin Makila 2A1 yang menggerakkan armada helikopter H225M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Cadangan perolehan empat helikopter Airbus tambahan oleh TUDM juga berpotensi mewujudkan permintaan baharu bagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sepanjang kitaran hayat pesawat.

Bagaimanapun, GTA Holdings menjelaskan sebarang sumbangan daripada peluang berkenaan bergantung kepada keputusan perolehan kerajaan, skop penyelenggaraan akhir, pengaturan kontrak serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif GTA Holdings, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi berkata, aspirasi aeroangkasa negara perlu merangkumi pembangunan kepakaran dan keupayaan perindustrian tempatan, bukan sekadar pengendalian pesawat canggih.

“Melalui kerjasama kami dengan SHEA, kami berhasrat meneroka peluang baharu bagi memperkukuh keupayaan teknikal tempatan, membangunkan bakat aeroangkasa Malaysia dan mengembangkan penyertaan kami dalam rantaian nilai MRO serantau.

“Cita-cita kami adalah untuk menterjemahkan kepakaran global kepada keupayaan negara dan nilai mampan untuk pelanggan, industri serta pemegang saham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MoU itu dimeterai sempena lawatan rasmi Presiden Perancis, Emmanuel Macron, ke Malaysia pada 16 dan 17 November 2026, dengan cadangan Pusat HEART turut mencerminkan usaha memperkukuh kerjasama industri Malaysia-Perancis.

GTA Holdings dan SHEA juga mahu cadangan berkenaan dipertimbangkan di bawah Program Kolaborasi Industri berkaitan kemungkinan perolehan helikopter tambahan bagi menyokong kedaulatan industri pertahanan serta meningkatkan keupayaan penyelenggaraan enjin dalam negara.

Pelaksanaan Pusat HEART masih tertakluk kepada perbincangan teknikal dan komersial lanjut, kelulusan dalaman serta kawal selia, kebenaran eksport dan pemeteraian perjanjian muktamad antara kedua-dua pihak.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *