Permohonan awam IPO Yes Group catat kadar langganan 2.8 kali

KUALA LUMPUR – Yes Group Management Bhd menerima permohonan bagi 74.15 juta saham daripada orang awam Malaysia, bersamaan 2.8 kali jumlah 26.5 juta saham yang diperuntukkan menerusi Tawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat itu.

Pengendali Yes Travel itu menerima 2,053 permohonan menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd. pada 26 November ini.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah berkenaan, bahagian pelabur awam menerima 1,158 permohonan bagi 67.69 juta saham, bersamaan 5.11 kali peruntukan yang disediakan.

Bahagian awam Bumiputera pula menerima 895 permohonan bagi 6.47 juta saham, bersamaan 0.49 kali peruntukan untuk kategori itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

IPO Yes Group merangkumi terbitan awam 91.87 juta saham baharu, mewakili 17.33 peratus daripada modal saham diperbesarkan sebanyak 530 juta saham.

Ia turut membabitkan tawaran jualan 45.93 juta saham sedia ada yang mewakili 8.67 peratus daripada modal saham diperbesarkan.

Pada harga IPO 18 sen sesaham, terbitan saham baharu itu dijangka mengumpul hasil kasar RM16.54 juta untuk Yes Group.

Hasil daripada penjualan 45.93 juta saham sedia ada pula akan diterima sepenuhnya oleh pemegang saham yang menjual.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Selain peruntukan kepada orang awam Malaysia, sebanyak 5.3 juta saham baharu yang dikhaskan kepada pengarah, pekerja dan individu layak menerusi Peruntukan Borang Merah Jambu dilanggan sepenuhnya.

Penempatan persendirian meliputi 60.07 juta saham baharu serta 6.18 juta saham tawaran kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut ditempatkan sepenuhnya.

Sebanyak 39.75 juta saham sedia ada yang ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih juga sudah ditempatkan sepenuhnya.

Pengarah Urusan Yes Group, Angela Mak Shau Kwan berkata, penyertaan pelabur dalam IPO itu diterima ketika syarikat semakin hampir kepada penyenaraian di Pasaran ACE.

“Melangkah ke hadapan, kami kekal fokus untuk melaksanakan pelan pertumbuhan dan memperkukuh keupayaan kumpulan merentasi perniagaan teras MICE serta bidang pertumbuhan berkaitan,” katanya.

Yes Group menyediakan penyelesaian Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE), termasuk pelancongan insentif tersuai serta perkhidmatan perancangan dan pengurusan acara.

Perniagaan kumpulan bermula pada 2008 menerusi Yes Travel & Holidays Sdn. Bhd. sebelum berkembang kepada pelancongan insentif domestik pada 2010 dan pelancongan insentif luar negara pada 2014.

Kumpulan itu merancang menubuhkan pejabat serantau di United Kingdom, membangunkan Yes Academy dan memperluas perkhidmatan berkaitan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Malacca Securities Sdn. Bhd. bertindak sebagai Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan bagi IPO berkenaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *