Dua maut, dua cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya SDE

JOHOR BAHRU – Dua individu maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 52.5 Lebuhraya Senai-Desaru Expressway (SDE), menghala ke Desaru, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, PBK I Mohd Hazmi Zulkafli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.49 pagi sebelum jentera dari BBP Penawar tiba di lokasi pada jam 2.06 pagi.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70, kereta Proton Persona dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser dengan lima mangsa terlibat.

“Dua mangsa iaitu lelaki berusia 58 tahun yang menaiki Proton X70 dan wanita berusia 26 tahun menaiki kereta Proton Persona tersepit dalam kenderaan sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas hidraulik dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dua mangsa lagi yang berada di dalam SUV iaitu wanita masing-masing berusia 51 tahun dan 47 tahun cedera, manakala seorang lelaki yang menaiki MPV selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) menggunakan ambulans KKM.

Mohd Hazmi berkata, operasi yang melibatkan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT itu tamat pada jam 3.38 pagi. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *