Kee Ming dianugerah kontrak RM44.2 juta projek pusat data di Shah Alam

KUALA LUMPUR – Kee Ming Group Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kee Ming Electrical Sdn. Bhd. (KME) memperoleh subkontrak bernilai RM44.17 juta bagi melaksanakan kerja kejuruteraan elektrik untuk projek pusat data berskala besar di Puncak Alam, Selangor.

Kumpulan itu berkata, KME menerima surat tawaran (LOA) daripada sebuah kontraktor pihak ketiga pada 4 November 2026 bagi melaksanakan kerja berkenaan.

Kontraktor tersebut terlibat dalam penyediaan penyelesaian mekanikal dan elektrikal (M&E) dengan kepakaran dalam sistem elektrik, penyejukan penyaman udara dan pengudaraan (HVAC) serta pengoptimuman tenaga.

Skop kerja KME merangkumi pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan bagi kerja-kerja elektrik am serta sistem elektrik bangunan utama projek berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pelaksanaan kerja dibahagikan kepada dua bahagian iaitu WBS1 yang melibatkan kerja-kerja elektrik am, manakala WBS2 merangkumi kerja-kerja elektrik bagi bangunan utama.

Kumpulan itu berkata, kerja bagi WBS1 akan bermula selepas KME menerima surat tawaran berkenaan, sementara pelaksanaan WBS2 tertakluk kepada pengeluaran notis untuk memulakan kerja (NOP) oleh kontraktor kepada KME.

Keseluruhan kerja subkontrak itu dijangka siap pada 30 Julai 2027 mengikut jadual pembangunan projek.

KME turut dikehendaki menyediakan jaminan pelaksanaan dalam bentuk jaminan bank bersamaan 10% daripada nilai keseluruhan subkontrak, iaitu kira-kira RM4.42 juta, dalam tempoh tujuh hari selepas menerima surat tawaran.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dari segi kewangan, Kee Ming berkata, penerimaan subkontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan, pendapatan sesaham dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027 serta sepanjang tempoh pelaksanaan kerja sehingga selesai.

Bagaimanapun, penerimaan kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan atau pegangan saham pemegang saham utama kumpulan.

Lembaga Pengarah berpandangan kumpulan mempunyai kepakaran, pengalaman dan sumber yang diperlukan untuk melaksanakan kerja berkenaan serta menguruskan risiko berkaitan.

Antara risiko yang dikenal pasti termasuk risiko operasi, kelewatan projek, gangguan rantaian bekalan dan cabaran pelaksanaan yang lazim dikaitkan dengan projek kejuruteraan mekanikal dan elektrikal.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *