SSF Home beli tanah RM43.4 juta bina gudang sendiri

KUALA LUMPUR – SSF Home Group Berhad membeli tiga bidang tanah di Pulau Indah pada harga RM42.47 juta menerusi dana dalaman dan pinjaman bank untuk membina gudang serta kemudahan pengedaran sendiri.

Berdasarkan kedudukan kewangan kumpulan yang diaudit pada 30 Jun 2026, nisbah penggearan pro forma akan meningkat daripada sifar kepada 22.14 peratus selepas pengambilalihan tersebut.

Anak syarikat milik penuhnya, SSF Sdn. Bhd., menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan IFFCO Foods Sdn. Bhd. pada 26 Oktober 2026 bagi pembelian tanah perindustrian kosong di Selangor itu.

Ketiga-tiga bidang tanah tersebut mempunyai keluasan keseluruhan 52,611 meter persegi atau 5.26 hektar dengan pegangan pajakan selama 99 tahun yang tamat pada 24 Februari 2097.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pengarah Eksekutif SSF Home Group Berhad, Lok Kok Khong berkata, cadangan pengambilalihan tanah menandakan langkah penting dalam fasa pertumbuhan SSF yang seterusnya.

“Pemilikan gudang sendiri akan memberikan kumpulan lebih fleksibiliti dalam menguruskan operasi penyimpanan dan pengedaran, manakala lokasi tanah tersebut dijangka meningkatkan kecekapan logistik serta berpotensi menjimatkan kos dalam jangka panjang,” katanya.

Harga pembelian dipersetujui antara pembeli dengan penjual yang masing-masing bersedia berurus niaga, dengan mengambil kira lokasi, keluasan dan kategori kegunaan tanah serta nilai pasaran keseluruhan kira-kira RM42.48 juta yang ditaksir penilai bebas Jones Lang Wootton pada 29 September 2026.

Pembiayaan bank diperoleh kumpulan itu berkata, pihaknya telah memperoleh surat tawaran bank bagi pembiayaan sehingga 90 peratus daripada harga pembelian.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Bagaimanapun, perubahan kadar faedah boleh meningkatkan kos pinjaman dan menjejaskan aliran tunai serta obligasi pembayaran balik pinjaman kumpulan pada masa hadapan.

Pengambilalihan tersebut tidak dijangka memberi kesan ketara terhadap keuntungan atau pendapatan sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 mahupun aset bersih kumpulan.

Penyempurnaan urus niaga tertakluk kepada penjual memperoleh kebenaran pihak berkuasa berkaitan untuk memindah milik tanah dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perjanjian, melainkan kedua-dua pihak bersetuju secara bertulis melanjutkan tempoh tersebut.

SSF menjangkakan pengambilalihan tanah itu selesai dalam tempoh empat bulan dari tarikh perjanjian ditandatangani, tertakluk kepada pemenuhan syarat perjanjian dan sekiranya tiada perkara di luar jangkaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *