Tempoh perkhidmatan PM 10 tahun perlu dibahaskan di Parlimen - Azalina

PM bukan pendakwa raya, Azalina tegur Rayer isu kes Zahid

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh didesak menentukan tindakan pendakwaan terhadap mana-mana individu kerana kuasa itu terletak pada Peguam Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata demikian sebagai membidas gesaan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer supaya Anwar memastikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa semula berhubung kes Yayasan Akalbudi.

Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO menegaskan, Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang berkaitan.

“Perdana menteri bukan pendakwa raya,” katanya dalam satu kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurutnya, keputusan pendakwaan perlu dibuat berdasarkan pertimbangan undang-undang, fakta dan bukti, bukannya dipengaruhi tekanan atau tuntutan politik daripada mana-mana pihak.

Beliau menegaskan prinsip kebebasan pendakwaan perlu dihormati dalam amalan politik dan tidak seharusnya sekadar menjadi slogan dalam perbincangan mengenai pembaharuan institusi.

“Prinsip kebebasan pendakwaan mesti dihormati dalam amalan politik, bukan sekadar dalam cadangan pembaharuan institusi,” katanya.

Sebelum ini, ketika membahaskan Belanjawan 2027, Rayer mempersoalkan keputusan menggugurkan pertuduhan terhadap Ahmad Zahid dan menggesa kerajaan memastikan usaha memerangi rasuah tidak dicemari amalan pendakwaan terpilih.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ahmad Zahid sebelum ini berdepan 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi, merangkumi dakwaan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, pada September 2023, beliau diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi kesemua pertuduhan berkenaan sementara menunggu siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada Januari lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar kemudian menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan meneliti enam representasi yang dikemukakan pasukan pembelaan Ahmad Zahid.

Beliau turut menyatakan kes berkenaan telah diselesaikan dan Presiden UMNO itu tidak boleh didakwa lagi berhubung perkara itu.

Mengulas dakwaan kemungkinan berlaku pilih kasih dalam keputusan pendakwaan, Azalina berkata, perkara sedemikian perlu dinilai berdasarkan bukti, bukannya dibuat melalui andaian semata-mata.

Beliau mengakui mana-mana pihak berhak mempersoalkan keputusan pendakwaan serta meminta penjelasan yang munasabah. Namun, perbezaan keputusan antara satu kes dengan kes lain tidak secara automatik membuktikan wujud campur tangan politik atau layanan berat sebelah.

Menurutnya, AGC juga telah memberikan penjelasan mengenai alasan permohonan DNAA dan keputusan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai NFA.

“Kritikan terhadap sesuatu keputusan perlu disokong oleh fakta dan asas yang jelas, bukannya andaian atau tekanan politik semata-mata,” katanya.

Azalina turut menegaskan bahawa tiada sesiapa sepatutnya diberikan kekebalan daripada undang-undang hanya kerana memegang jawatan atau mempunyai kedudukan politik tertentu.

Pada masa sama, katanya, setiap individu, termasuk pemimpin UMNO, berhak mendapat proses undang-undang yang adil dan tidak seharusnya menjadi sasaran pendakwaan semata-mata bagi memenuhi tuntutan politik.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan kebenaran merayu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Badan Peguam memulakan prosiding semakan kehakiman berkaitan perkara itu.

Katanya, prosiding berkenaan masih berjalan dan persoalan undang-undang yang dipertikaikan perlu diputuskan oleh mahkamah, bukannya ditentukan melalui desakan politik terhadap Perdana Menteri.

“Desakan politik supaya perdana menteri menentukan tindakan pendakwaan bukan pengganti kepada proses tersebut,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *