Kian Ming ramal BN berpotensi kuasai 25 hingga 28 kerusi DUN Melaka

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) berpotensi meningkatkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dengan meraih antara 24 hingga 25 kerusi, berbanding 21 yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021, menurut penganalisis politik, Ong Kian Ming.

Bekas pemimpin DAP itu berkata, jangkaan berkenaan dibuat berdasarkan sentimen dan momentum semasa yang dilihat memihak kepada BN, selain kemungkinan gabungan itu bekerjasama dengan PAS dalam menghadapi PRN akan datang.

Beliau turut menjangkakan BN berpeluang merampas satu atau dua kerusi yang kini dikuasai Pakatan Harapan (PH), sekali gus menambah jumlah kerusi yang dimenangi gabungan itu.

Menurut laporan Berita Harian, antara kerusi PH yang berdepan risiko kehilangan sokongan ialah Bukit Katil, yang disandang bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, serta Ayer Keroh yang menjadi antara kubu kuat DAP di negeri itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ada kemungkinan BN boleh naik daripada 21 kepada 24 atau 25 kerusi kerana saya berasakan BN akan bekerjasama dengan PAS.

“Saya rasa tidak semua lima kerusi PH akan dirampas BN, tetapi mungkin satu dua kerusi akan kalah, termasuk kerusi disandang Adly dan juga mungkin Ayer Keroh. Saya berasakan dua kerusi ini berada dalam keadaan amat bahaya untuk PH,” katanya.

Ong berpandangan, kedudukan BN turut dipengaruhi ketidakkonsistenan PH dalam menentukan hala tuju kerjasama politik dengan gabungan lain, sekali gus berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengundi.

Beliau berkata, PKR dan Amanah menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama dengan BN, sedangkan DAP secara konsisten menyuarakan pendirian bahawa PH akan bertanding secara bersendirian.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Perbezaan pendekatan itu, katanya, boleh menyukarkan pengundi memahami bentuk kerjasama politik yang akan dibawa PH dalam pilihan raya berkenaan.

PRN Melaka pada 14 November dijangka menjadi medan penting bagi parti-parti politik mengukur sokongan rakyat terhadap gabungan masing-masing. Bagaimanapun, setakat ini belum ada pakatan yang diumumkan secara rasmi bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Perkembangan politik negeri itu turut berubah selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Jailani Khamis, yang ketika itu daripada UMNO, menyertai PAS sebelum undang-undang antilompat parti negeri berkuat kuasa.

Walaupun BN dilihat mempunyai peluang mengekalkan penguasaan, keputusan sebenar PRN nanti tetap bergantung pada perkembangan kempen, bentuk kerjasama antara parti, pemilihan calon serta kecenderungan pengundi di setiap kawasan.

Ramalan Ong itu merupakan penilaian berdasarkan perkembangan politik semasa dan bukannya keputusan yang telah dipastikan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *