PERKASA tuntut Penjelasan Segera Poster Dakwaan Ritual Thaipusam Melibatkan Alif Daniel

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) memandang serius penyebaran poster di media sosial yang mendakwa seorang individu bernama Aliff Daniel melakukan ritual Thaipusam di Batu Caves, sehingga mencetuskan perdebatan mengenai akidah Islam, sensitiviti agama dan tindakan pihak berkuasa.

Presidennya, Borhan Ahmad Zakaria menegaskan, sebarang perkara menyentuh kedudukan Islam, kepentingan umat Islam dan keharmonian antara agama mesti ditangani secara bertanggungjawab, berlandaskan fakta serta berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Bagaimanapun, ujar beliau, PERKASA tidak akan menjatuhkan hukuman berdasarkan persepsi, tajuk sensasi atau gambar yang belum disahkan kesahihannya.

Namun, katanya, dakwaan dalam poster berkenaan perlu diselidiki bagi memastikan identiti individu, ketulenan gambar, konteks kejadian dan perkara sebenar yang berlaku.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“PERKASA menolak sebarang usaha memanipulasi isu agama demi meraih perhatian, meningkatkan pengaruh di media sosial atau mencetuskan permusuhan dalam masyarakat.

“Jika benar terdapat perbuatan yang menimbulkan persoalan berkaitan agama atau melanggar undang-undang, perkara itu hendaklah disiasat berdasarkan bukti yang sahih.

“Sebaliknya, jika gambar atau video berkenaan disunting, dikeluarkan daripada konteks asal atau disertai dakwaan tidak benar, pembetulan mesti dibuat secara terbuka,” katanya.

Menurut Borhan, dalam era kecerdasan buatan dan penyuntingan digital, bahan visual yang kelihatan meyakinkan tidak semestinya menggambarkan kejadian sebenar.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Justeru, kata beliau, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan tuduhan yang belum terbukti sehingga menjejaskan maruah seseorang atau mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

“Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Kedudukan Islam ini mesti dihormati dan dipelihara selaras dengan kerangka perlembagaan negara.

“Pada masa sama, Perkara 11 menjamin kebebasan beragama tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan. Perkara 11(4) pula membenarkan undang-undang negeri, dan bagi Wilayah Persekutuan undang-undang Persekutuan, mengawal atau menyekat penyebaran doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang Islam.

“Namun, peruntukan berkenaan tidak bermakna setiap perbuatan yang dianggap sensitif secara automatik menjadi suatu kesalahan. Sebarang dakwaan pelanggaran perlu dinilai berdasarkan fakta, unsur kesalahan, bidang kuasa dan undang-undang yang benar-benar terpakai,” katanya.

Beliau berkata, prinsip perlembagaan tidak boleh diputarbelitkan untuk membenarkan tindakan sewenang-wenangnya, begitu juga tidak wajar dijadikan alasan untuk mengetepikan dakwaan yang mempunyai asas dan bukti.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa berkaitan meneliti bahan asal yang mencetuskan kontroversi ini sekiranya terdapat aduan rasmi dan bukti yang boleh disiasat.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *