Lelaki lari di lebuh raya ditembak polis, miliki 10 rekod jenayah

KUALA LUMPUR – Lelaki yang tular melarikan diri daripada polis dengan berlari di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), berhampiran Damansara Damai, semalam, berjaya ditahan selepas cedera ditembak anggota polis.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu dipercayai memandu sebuah Proton Wira secara agresif dan berbahaya sebelum merempuh beberapa kenderaan lain. Dia kemudian meninggalkan keretanya dan cuba melarikan diri dengan berlari di lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata kejadian bermula apabila polis peronda mengejar kenderaan suspek dari Persiaran Mahogani menghala ke Sungai Buloh.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.42 petang sebelum suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Suspek mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, seorang anggota polis turut mengalami kecederaan dalam insiden itu dan sudah mendapatkan rawatan.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau, membabitkan enam kes berkaitan dadah dan empat kes jenayah lain.

Polis turut merampas dadah serta sepucuk senjata mainan yang menyerupai pistol. Bagaimanapun, ujian saringan air kencing terhadap suspek belum dapat dijalankan kerana dia masih menerima rawatan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Shamsudin berkata, polis masih menyiasat punca lelaki itu bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 279 kerana memandu secara melulu atau berbahaya dan Seksyen 307 berkaitan cubaan membunuh.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 serta Seksyen 39B dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Shamsudin, permohonan reman terhadap suspek dijadualkan dibuat di PPUM pada Sabtu.

Terdahulu, beberapa rakaman video kejadian itu tular di media sosial, memaparkan aksi kejar-mengejar antara polis dengan suspek sebelum lelaki berkenaan meninggalkan keretanya dan berlari di lebuh raya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *