Dr. Nik Norzrul Thani terus terajui Lembaga Pengarah USIM hingga 2028

NILAI – USIM Holdings Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani atas pelantikan semula sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuat kuasa mulai hari ini, 1 Oktober hingga 30 September 2028.

Pelantikan ini meneruskan kepimpinan beliau selepas pertama kali dilantik ke jawatan itu bagi tempoh 1 Oktober 2023 hingga semalam, 30 September 2026. Rekod rasmi USIM turut menyenaraikan Dr. Nik Norzrul Thani sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti pada masa ini.

Beliau merupakan tokoh korporat dan perundangan berpengalaman luas, khusus dalam bidang perundangan korporat dan komersial, perbankan, kewangan Islam serta penggabungan dan pengambilalihan.

Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Zaid Ibrahim & Co., selain memegang beberapa jawatan kepimpinan utama dalam organisasi korporat terkemuka.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Antara jawatan yang kini disandangnya ialah Pengerusi IHH Healthcare Berhad, Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC), SD Guthrie Berhad dan T7 Global Berhad, selain turut menganggotai lembaga beberapa syarikat awam termasuk Cagamas Holdings Berhad.

Pengalaman beliau merentasi sektor perundangan, kewangan, penjagaan kesihatan dan korporat memberikan perspektif luas dalam tadbir urus serta pembangunan strategik organisasi.

USIM Holdings percaya kesinambungan kepimpinan Dr. Nik Norzul Thani akan terus memperkukuh tadbir urus, hala tuju strategik serta jaringan industri USIM, termasuk usaha memperkasa agenda pengkomersialan, keusahawanan dan pembangunan ekosistem perniagaan universiti.

Seluruh Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan warga kerja USIM Holdings Sdn. Bhd. mendoakan agar beliau terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam menerajui Lembaga Pengarah USIM.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat meneruskan amanah kepimpinan demi kecemerlangan USIM.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *