NASHVILLE – Seorang banduan wanita yang menunggu hukuman mati di Tennessee, Amerika Syarikat, dilaporkan masih hidup selepas pelaksanaan hukuman mati menggunakan dua dos pentobarbital gagal disempurnakan.
Menurut peguamnya, Christa Pike, 50, telah dibawa ke sebuah hospital di luar penjara untuk menerima rawatan perubatan selepas prosedur itu dihentikan.
Sebelum itu, pasukan peguam Pike memfailkan usul kecemasan di mahkamah persekutuan bagi menghentikan pelaksanaan hukuman mati berkenaan ketika prosedur itu sedang berlangsung.
Menurut dokumen mahkamah yang difailkan peguamnya, Pike dipercayai telah tidak sedarkan diri tetapi masih mempunyai degupan jantung dan kedengaran berdengkur selepas kedua-dua dos pentobarbital diberikan.
Prosedur itu dijalankan di Riverbend Maximum Security Institution di Nashville selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat membatalkan perintah penangguhan yang dikeluarkan mahkamah rayuan beberapa jam sebelum pelaksanaan hukuman berkenaan.
Seorang peguam daripada Perkhidmatan Pembela Persekutuan mengesahkan bahawa anak guamnya sedang menerima rawatan perubatan selepas kedua-dua dos ubat berkenaan diberikan.
Sebagai rekod, Pike dijatuhi hukuman mati pada 1996 selepas didapati bersalah membunuh Colleen Slemmer, 19, pada 1995.
Menurut rekod kes, Pike dan teman lelakinya, Tadaryl Shipp, didapati bersalah membunuh Slemmer yang merupakan rakan mereka di sebuah pusat latihan pekerjaan di Tennessee.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Ibu mangsa, May Martinez, melahirkan kekecewaan terhadap kegagalan pelaksanaan hukuman itu selepas menunggu lebih tiga dekad untuk melihat hukuman berkenaan dilaksanakan.
Sementara itu, Tennessee Department of Correction (TDOC) berkata pihaknya telah mematuhi setiap langkah yang ditetapkan dalam protokol pelaksanaan hukuman mati negeri itu.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
