UC TATI Keluar Dari Zon Selesa Pacu Pendidikan Global

KEMAMAN – Dalam landskap pendidikan global semakin terbuka tanpa sempadan, pengalaman menimba ilmu di luar negara kini menjadi nilai tambah penting bagi graduan menghadapi tuntutan industri yang semakin kompetitif.

Seiring perkembangan itu, Kolej Universiti TATI (UC TATI) membuka laluan kepada kumpulan pertama pelajarnya untuk mengikuti pengajian di China dalam bidang kejuruteraan, sains komputer dan pengurusan perniagaan.

Timbalan Rektor Akademik & Pengantarabangsaan UC TATI, Ts. Dr. Mohd Najib Muhamed berkata, kerjasama strategik dengan pemegang taruh antarabangsa penting bagi memastikan graduan terus relevan dengan keperluan industri semasa.

“Kita perlu keluar dari zon selesa sama ada sebagai pemegang taruh dalam sektor pendidikan tinggi mahupun bagi pelajar itu sendiri untuk masa depan masing-masing dalam keperluan industri global masa kini. Masing-masing hadir dengan tanggungjawab besar untuk membina generasi baru yang akan memacu ekonomi mahupun kemajuan untuk tanah air kita ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kita tidak boleh nafikan yang China sememangnya kuasa besar dunia yang mendahului banyak sektor industri termasuk bidang teknologi yang secara tidak langsung menjadi asas dalam kehidupan seharian masa kini.

“Sebalik ledakan industri teknologi ini juga secara asasnya adalah satu urusniaga perniagaan di peringkat global yang menjadi tambah nilai untuk melahirkan graduan berkaitan yang berkualiti,” katanya.

Kata beliau, Yayasan Terengganu (YT) juga memain peranan besar dalam dimensi baru pendidikan global bagi pelajar-pelajar UC TATI khususnya anak-anak Terengganu bagi memberi peluang sama rata untuk mereka melangkah ke peringkat pengajian tinggi dalam persekitaran antarabangsa.

Bagi kelompok pertama ke China, seramai sembilan pelajar ditempatkan di Guangzhou Huashang Vocational College (GHVC) dan perlu mengikuti pengajian bahasa Mandarin sebelum menduduki peperiksaan Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya, mereka akan meneruskan pengajian khusus di peringkat ijazah dalam bidang masing-masing.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *