Oleh: Ismail Daud
KUALA TERENGGANU – Mengumpul semula memori indah zaman perguruan, Program Pertemuan Semula (Reunion) alumni Maktab Perguruan Kuantan (MPK) bagi sesi 1978, 1979 dan 1980 berlangsung penuh gemilang di sebuah hotel di sini.
Program yang menghimpunkan lebih 60 bekas pelajar ketiga-tiga sesi berkenaan dengan mengangkat tema ‘Masa Berlalu, Kini Kembali Bertemu’ adalah pesara pendidik yang pernah mencurah bakti di seluruh pelosok negara.
Pengerusinya, Jamal Nasir Bakar menyatakan rasa syukur dan gembira atas sambutan luar biasa daripada alumni kerana menjayakan program tersebut.
“Program kali ini sangat meriah apabila dihadiri bekas pelajar daripada tiga sesi serentak.
“Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan kerana bukan mudah untuk menghimpunkan rakan-rakan lama dalam satu masa setelah puluhan berpisah sejak keluar dari maktab.
“Saya difahamkan ada rakan kita sanggup datang dari jauh dengan memandu kereta seorang diri semata-mata ingin berjumpa rakan-rakan di program ini.” katanya ketika menyampaikan ucapan.

Menurut Jamal Nasir, kehadiran rakan-rakan daripada tiga generasi awal maktab itu bukan sahaja mengubat rindu, malah mengeratkan lagi silaturahim yang telah terjalin sejak hampir separuh abad lalu.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Suasana di program itu diselubungi emosi gembira dan hiba apabila masing-masing mengambil peluang berkongsi perkembangan terkini, mengimbau kenangan masa remaja serta bertukar cerita tentang pengalaman bergelar warga pendidik.
Program tersebut turut diadakan majlis makan malam dan diserikan dengan cabutan nombor bertuah, selain berkongsi pengalaman semasa di alam persaraan.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
