Pendatang Myanmar dakwa bayar RM15,000 kepada ejen untuk masuk Malaysia

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga Myanmar yang ditahan dalam Ops Taring Wawasan di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini, malam tadi, mendakwa membayar kira-kira RM15,000 kepada seorang ejen bagi menguruskan perjalanannya dari Myanmar sehingga memasuki Malaysia.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek berusia 20 tahun itu, ditahan pada 10.30 malam selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan terminal bas berkenaan.

Beliau berkata, suspek yang mengaku bernama Lobia Moltas itu, gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan hanya menunjukkan salinan dokumen bersaiz A4 yang diragui kesahihannya.

“Suspek kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ahmad Radzi berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mendakwa memasuki Malaysia pada 2024 dengan menaiki kapal laut dari Meiktila, Myanmar ke Gelang Patah, Johor, dengan perjalanan mengambil masa kira-kira lapan hari.

“Suspek mendakwa membayar 7,719,660 kyat, bersamaan kira-kira RM15,000, kepada seorang ejen yang menguruskan perjalanannya dari Myanmar sehingga memasuki Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudiannya bekerja sebagai tukang mengetuk dan mengecat kenderaan di sekitar Kulai, Johor.

“Ketika ditahan, suspek mendakwa sedang menunggu bas untuk kembali ke Johor dan memaklumkan kehadirannya di Kelantan adalah untuk berjumpa seorang rakan,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ahmad Radzi berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

Beliau berkata, risikan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi mengesan serta membanteras kegiatan penyeludupan migran, selain mengekang kemasukan pendatang tanpa izin melalui laluan yang tidak diwartakan. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *