Penghuni diarah kosongkan kediaman susulan insiden tanah runtuh di Cheras

KUALA LUMPUR – Penghuni sebuah blok pangsapuri di Bandar Damai Perdana, Cheras di sini, diarah mengosongkan kediaman mereka malam tadi susulan insiden tanah runtuh berhampiran kediaman itu, dipercayai berpunca daripada kebocoran air bawah tanah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, Komander Operasi di lokasi mengarahkan penduduk berhampiran Blok A pangsapuri itu segera berbuat demikian sebagai langkah berjaga-jaga.

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 9.03 malam sebelum sepasukan lima anggota berserta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digerakkan ke lokasi.

Ashrul Riezal berkata, pasukan penyelamat yang tiba di lokasi lapan minit kemudian mendapati insiden itu membabitkan tebing setinggi 4.57 meter, manakala jarak tanah yang menggelongsor sekitar 0.91 meter, dan pemerhatian mendapati air masih mengalir di kawasan kejadian, namun tiada sebarang pergerakan tanah dikesan oleh pasukan penyelamat setakat ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pemantauan terhadap keadaan tanah dan aliran air sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatan di lokasi kejadian,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa atau kemalangan jiwa, dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *