100 Pokok Bunga Kertas Diceriakan di Tanah Perkuburan Gual To’ Deh

Oleh: Abd. Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Kira-kira 70 penduduk kampung bergotong-royong menanam 100 pokok bunga kertas bagi menceriakan kawasan tanah perkuburan Kampung Gual To’ Deh, dekat sini, pagi ini.

Program Aktiviti Tanam 100 Pokok Bunga itu dianjurkan bersama Pertubuhan Khairat Kematian dan Pembangunan Kubur Gual To’ Deh serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) To’ Deh – Tersan.

Pengerusi Pertubuhan Khairat Kematian dan Pembangunan Kubur Gual To’ Deh, Mohammad Dollah berkata, semua 100 pokok bunga kertas itu adalah sumbangan seorang hamba Allah yang prihatin terhadap usaha mencantikkan kawasan perkuburan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurutnya, pokok bunga berkenaan ditanam secara tersusun di luar pagar tanah perkuburan, sekali gus menjadi elemen landskap yang dapat menambah seri kawasan berkenaan.

“Daripada 100 pokok yang ditanam, sebanyak 10 pokok ditempatkan dalam pembentong, manakala selebihnya akan ditanam menggunakan tayar terpakai yang dijadikan bekas tanaman.

“Bagi menceriakan lagi kawasan ini, tayar terpakai itu akan dicat dengan pelbagai warna supaya kelihatan lebih menarik dan ceria,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi KRT To’ Deh – Tersan, Bakri Jusoh; Timbalan Pengerusi, Khairizal Desa; dan Imam Muda, Zakri Setapa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata, penggunaan tayar terpakai bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah menjadi satu usaha memanfaatkan bahan terbuang untuk dijadikan hiasan landskap.

Katanya, apabila bunga kertas mula berkembang dan tayar-tayar berwarna-warni siap dicat, kawasan sekitar tanah perkuburan itu dijangka kelihatan lebih kemas, bersih dan ceria.

“Ini bukan sekadar aktiviti menanam bunga, tetapi usaha bersama untuk menjadikan kawasan perkuburan lebih terurus.

Dalam masa sama, kita dapat memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan penduduk,” katanya.

Program yang bermula pada jam 8 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 70 penduduk hadir berganding bahu melakukan kerja menanam pokok, menyediakan bekas tanaman serta membersihkan kawasan sekitar.

Mohammad berkata, pihaknya amat menghargai kerjasama KRT To’ Deh – Tersan dan penduduk kampung yang meluangkan masa menjayakan program berkenaan.

Menurutnya, usaha mencantikkan kawasan perkuburan diharap dapat diteruskan secara berperingkat dengan penambahan tanaman dan elemen landskap lain pada masa akan datang.

“Tanah perkuburan adalah tempat persemadian insan yang pernah menjadi sebahagian daripada keluarga dan masyarakat kita. Menjaga kebersihan dan keceriaannya merupakan satu bentuk penghormatan kepada mereka yang telah pergi.

“Paling penting, kerja seperti ini dapat menyatukan penduduk. Indahnya bersama, lebih bermakna apabila dilakukan secara bergotong royong,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *