Lapan Maut, 26 Anggota Polis Hilang Dalam Banjir Kilat Nepal

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya lapan orang disahkan maut dan 26 anggota polis dilaporkan hilang selepas banjir kilat besar melanda kawasan tengah Nepal pagi Rabu, menurut kenyataan pegawai yang dipetik Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Banjir yang melanda sepanjang Sungai Bhotekoshi di banjaran Himalaya itu dipercayai berpunca daripada limpahan tasik glasier di bahagian hulu di wilayah Tibet, China.

Jurucakap polis Abi Narayan Kafle berkata jumlah sebenar yang hilang mungkin lebih tinggi memandangkan terdapat pegawai hasil kerajaan dan pekerja loji kuasa hidro yang belum dapat dikesan.

“Setakat ini, kami hanya mempunyai pengesahan mengenai 26 anggota polis yang masih hilang akibat banjir tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kami juga menerima laporan kehilangan melibatkan pegawai hasil kerajaan, pekerja loji kuasa hidro dan lain-lain, namun kami masih dalam proses mengumpul data,” kata Kafle.

Perdana Menteri Balendra Shah mengumumkan pengerahan tentera Nepal dan agensi keselamatan lain bagi menjalankan operasi menyelamat, dengan tambahan anggota turut dihantar ke kawasan terjejas.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran bencana kepada penduduk yang tinggal di kawasan hilir sungai.

Penduduk tempatan menyifatkan kejadian itu sebagai antara banjir terburuk dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Rakaman video di media sosial menunjukkan kemusnahan meluas di kawasan penempatan berhampiran sempadan Tibet serta sekitarnya.

Banjir itu turut menghanyutkan beberapa projek kuasa hidro dan jambatan di sepanjang laluannya.

Ribuan pengembara dan pendaki yang berada di laluan popular Langtang dilaporkan terkandas.

Pusat sempadan Rasuwagadhi merupakan pintu masuk perdagangan terbesar Nepal dengan negara jirannya, China, di utara. – dpa

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *