Pakaian hijau, kepala botak jadi petunjuk 10 pendatang lari depot imigresen

KOTA BHARU – Pakaian berwarna hijau terang dan berkepala botak antara ciri fizikal 10 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Tanah Merah dan kini dikesan pihak berkuasa.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan mereka dipercayai masih memakai pakaian tahanan yang digunakan di depot berkenaan selain mempunyai nombor pengenalan dicetak pada pakaian, antaranya 18101 dan 18802.

“Lokasi terakhir kesemua pendatang itu dikesan ialah di Bukit Tebu, Tanah Merah dan orang awam diminta menyalurkan maklumat sekiranya terserempak atau mengetahui keberadaan mereka.

“Daripada 10 pendatang berkenaan, tujuh merupakan warga Thailand manakala masing-masing seorang warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya,” menurut hantaran itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan sendiri sekiranya mengenal pasti mana-mana individu yang mempunyai ciri berkenaan sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada DCC Tanah Merah menerusi talian 09-955 6222 (Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah), 09-955 6223 (Balai Polis Tanah Merah) atau WhatsApp 011-2955 5518.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, semua pendatang berada di bawah tahanan Jabatan Imigresen Kelantan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu serta mengesan mereka. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *