Dr. Solehah ditamatkan kerana tidak hadir mesyuarat inkuiri isu kapal Rom?

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Dr. Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditamatkan kerana dikatakan berpunca daripada kegagalannya menghadiri satu mesyuarat inkuiri akademik berkaitan kontroversi dakwaannya mengenai teknologi pembinaan kapal tamadun Rom.

Dakwaan itu didedahkan sumber, susulan pengesahan UIAM bahawa perkhidmatannya sebagai kakitangan akademik universiti berkenaan telah berakhir berkuat kuasa 27 April lalu.

Sumber berkata, Dr. Solehah hanya tidak menghadiri satu mesyuarat inkuiri berkenaan, manakala dua mesyuarat sebelumnya tidak dapat dihadirinya atas alasan kesihatan.

“Dua mesyuarat sebelum itu, Dr. Solehah ada surat masuk wad dan sijil cuti sakit,” katanya seperti dipetik TV Pertiwi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurutnya, ketidakhadiran pada mesyuarat berikutnya pula berlaku selepas tarikh mesyuarat tersebut bertembung dengan satu program yang telah lebih awal dipersetujui, termasuk penglibatannya sebagai panelis utama.

Kata sumber itu lagi, Dr. Solehah menerima jemputan program berkenaan kira-kira sebulan sebelum mengetahui tarikh mesyuarat inkuiri.

“Beliau dikatakan sudah menulis emel memohon maaf dan minta ia dijadualkan semula,” kata sumber.

Menurut sumber itu, Dr. Solehah tidak dapat membatalkan program berkenaan kerana pihak penganjur telah membuat bayaran, selain bahan promosi program seperti kain rentang telah lama dipasang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Justeru, keputusan penamatan oleh UIAM itu dibuat dalam tempoh singkat dan tidak memberinya peluang untuk membuat rayuan.

“Dia dipecat dalam tempoh 24 jam dan tidak dibenarkan buat rayuan,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Menurut laporan sama, UIAM dikatakan menawarkan pampasan bersamaan enam bulan gaji, namun tawaran itu ditolaknya kerana Dr. Solehah memilih untuk mencabar keputusan berkenaan melalui saluran perundangan.

Sementara itu, Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi (OCAP) UIAM berkata, susulan penamatan itu, Dr. Solehah tidak lagi memegang jawatan sebagai profesor di universiti berkenaan atau mewakili UIAM dalam apa-apa kapasiti rasmi.

Universiti itu turut menegaskan penggunaan sebarang gelaran, jawatan, kulliyyah, pusat, institut, jabatan atau apa-apa bentuk afiliasi rasmi dengan UIAM oleh Solehah tidak lagi dibenarkan.

Larangan tersebut, menurut UIAM, turut meliputi penggunaan nama atau jawatan yang mengaitkan Solehah dengan universiti dalam bahan promosi, pelaporan media, penerbitan, pengiklanan, kandungan media sosial, bahan publisiti dan bentuk hebahan lain.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *