Aset bukan runcit bakal pacu fasa pertumbuhan baharu Hektar REIT

KUALA LUMPUR – Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) menyasarkan aset bukan runcit menyumbang hampir 20 peratus daripada keseluruhan Pendapatan Hartanah Bersih (NPI) menjelang akhir suku keempat 2026, sejajar strategi memperluas dan mempelbagaikan asas pendapatannya.

Peralihan itu disokong penyiapan pengambilalihan Kilang Pulau Pinang serta tanah bersebelahan Kolej Yayasan Saad (KYS), yang dijangka meningkatkan sumbangan pendapatan bukan runcit secara progresif dalam suku akan datang.

Hektar REIT berkata sumbangan bukan runcit yang semakin besar akan memperluas asas pendapatan kumpulan dan pada masa sama melengkapi peningkatan prestasi berterusan aset runcit sedia ada.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd., Zainal Iskandar berkata, perkembangan itu menandakan Hektar REIT memasuki fasa seterusnya strategi pertumbuhannya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Penyiapan pengambilalihan bukan runcit kami baru-baru ini mempelbagaikan lagi portfolio kami dan mewujudkan aliran pendapatan berulang tambahan,” katanya.

Beliau berkata, apabila aset berkenaan mula menyumbang pendapatan pajakan secara progresif, ia dijangka melengkapi peningkatan prestasi portfolio sedia ada serta mengukuhkan daya tahan keseluruhan asas pendapatan Hektar REIT.

Strategi kepelbagaian itu dilaksanakan ketika prestasi operasi aset runcit Hektar REIT sendiri menunjukkan peningkatan, dengan NPI suku kedua tahun kewangan 2026 meningkat 9.5 peratus kepada RM17.4 juta daripada RM15.9 juta setahun sebelumnya.

Margin NPI turut meningkat kepada 54.4 peratus daripada 49.6 peratus, walaupun pendapatan suku kedua kekal sekitar RM32 juta, mencerminkan peningkatan kecekapan operasi menerusi kadar penghunian lebih tinggi, penyusunan semula penyewa dan pengoptimuman kos.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Momentum penyewaan portfolio juga kekal positif apabila Hektar REIT mencatat pembalikan sewa keseluruhan sebanyak 11.3 peratus pada suku kedua, dengan Segamat Central merekodkan pembalikan sewa 167 peratus selepas kemasukan penyewa baharu Pasar Raya Target.

Jumlah pengunjung Segamat Central pula meningkat 58.1 peratus tahun ke tahun susulan pembukaan Pasar Raya Target, manakala Subang Parade mencatat pembalikan sewa positif 12.3 peratus, menunjukkan permintaan pajakan yang lebih kukuh di beberapa aset utama.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2026, NPI Hektar REIT meningkat 5.8 peratus kepada RM32.64 juta daripada RM30.86 juta, manakala margin NPI meningkat kepada 51.9 peratus.

Pendapatan direalisasikan bagaimanapun susut kepada RM8.23 juta daripada RM8.82 juta berikutan kira-kira RM2.5 juta perbelanjaan pentadbiran sekali sahaja berkaitan beberapa inisiatif korporat.

Hektar REIT turut mengumumkan pengagihan pendapatan interim 1.21 sen seunit bagi separuh pertama 2026, meningkat 15.2 peratus daripada 1.05 sen seunit setahun sebelumnya, manakala jumlah aset meningkat kepada RM1.53 bilion setakat 30 Jun 2026.

Pengurusan berkata, portfolio yang semakin pelbagai, pendapatan sewa berulang serta disiplin pengurusan kos dijangka terus menyokong pertumbuhan mampan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *