Komunikasi Kerajaan Berkaitan Dasar Dan Pencapaian Akan Terus Dipertingkatkan – Fahmi

MELAKA – Komunikasi kerajaan berkaitan dasar dan pencapaian akan terus dipertingkatkan, bagi memastikan segala usaha yang dilaksanakan dapat difahami serta impaknya dirasai oleh rakyat, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sebarang kelemahan dalam penyampaian komunikasi dan penerangan perlu diperbaiki supaya pencapaian kerajaan dalam aspek makroekonomi yang disifatkannya sebagai “ekonomi periuk” dapat diterjemah kepada perkara yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat.

“Ramai merasakan banyak kejayaan dasar kerajaan yang dibawa oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pasukan, kurang dinikmati, difahami oleh rakyat yang terbanyak,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan mewakili Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada hari kedua Kongres Nasional PKR 2026, di sini hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata pendekatan komunikasi perlu mengambil kira aspek emosi rakyat, bagi memastikan pencapaian kerajaan bukan sahaja diketahui tetapi dapat dirasai dan seterusnya mendapat tempat di hati rakyat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagi memperkasakan jentera penerangan, Fahmi berkata PKR akan memperkukuh kerjasama dengan pimpinan akar umbi termasuk Ketua Cabang, bagi memastikan rantaian maklumat sampai kepada masyarakat secara lebih berkesan.

Beliau berkata siri ceramah kelompok yang lebih kecil akan diperluas, kerana pendekatan itu membolehkan penerangan mengenai isu dan dasar disampaikan dalam suasana lebih santai, selain memberi ruang untuk berinteraksi secara langsung dengan rakyat.

Dalam pada itu, Fahmi berkata bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus dipertingkatkan, dalam menangani penyebaran maklumat palsu serta akaun palsu yang memainkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja).

Beliau berkata sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sehingga semalam, pihak MCMC telah mengenal pasti lebih 8,410 akaun palsu yang memainkan isu 3R dan meminta platform berkaitan untuk menurunkannya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Fahmi berkata langkah itu penting, bagi memastikan isu bersifat emotif tidak dimanipulasi sehingga menjejaskan kefahaman rakyat terhadap usaha dan pencapaian kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata sebarang teguran terhadap media berkaitan maklumat tidak benar, akan ditangani melalui saluran yang tertib dan berhemah.

“Kita bukan dalam mod untuk mengawal media, tidak. Tapi sekiranya ada sebarang maklumat yang tidak benar, maka kita akan berurusan dengan media secara tertib dan beradab, untuk memaklumkan bahawa perlukan sedikit teguran,” katanya.

Fahmi berkata pasukan penerangan akan melakukan beberapa penyesuaian terhadap strategi komunikasi, selain mempererat kerjasama dengan sayap Wanita bagi memastikan penerangan mengenai dasar dan pencapaian kerajaan sampai kepada rakyat.

Kongres Nasional PKR 2026 selama dua hari yang bermula semalam, akan melabuhkan tirainya hari ini dengan ucapan penggulungan dan penangguhan oleh Anwar. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *