Menjadi Kerajaan Ujian Sebenar Kepada Reformasi – Zaliha

MELAKA – Menjadi kerajaan bukan penamat kepada perjuangan Reformasi, sebaliknya menjadi ujian sebenar bagi membuktikan keberanian dan kebijaksanaan untuk melaksanakan perubahan, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata perjuangan reformasi yang diterajui PKR selama 27 tahun, tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai usaha untuk mengambil alih pentadbiran negara, sebaliknya bertujuan mengubah cara negara ditadbir.

“Sejak bila laungan reformasi itu hanya slogan untuk masuk ke Putrajaya? Kalau perjuangan selama 27 tahun kita ini hanya bertujuan menukar siapa yang duduk di kerusi kerajaan, maka perjuangan kita itu terlalu kecil.

“Matlamat utama kita adalah untuk ubah cara negara ini ditadbir,” katanya ketika ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Zaliha berkata selepas PKR menjadi sebahagian daripada kerajaan, parti itu kini memikul tanggungjawab besar untuk menterjemahkan agenda reformasi melalui pengukuhan institusi dan tatakelola, pembanterasan rasuah serta salah guna kuasa, selain memastikan keadilan dapat dirasai segenap lapisan rakyat.

Beliau berkata selain itu, anggota PKR juga perlu berani menegur dan membetulkan sebarang kelemahan yang timbul dalam kalangan mereka sendiri.

“Melakukan islah juga menuntut kebijaksanaan. Reformasi bukan bermakna semua perkara mesti diubah sekali gus dalam satu malam. Ada keutamaan yang perlu ditentukan…ada perubahan yang boleh dibuat segera, dan ada perubahan yang memerlukan masa, rundingan dan persediaan supaya ia benar-benar bertahan,” katanya.

Mengambil iktibar daripada kisah Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang disentuh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan perasmian kongres semalam, Zaliha berkata perubahan perlu dilaksanakan secara berperingkat tanpa mengorbankan matlamat perjuangan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Berperingkat itu bukan bermakna bertangguh. Berhati-hati bukan bermakna kita sudah hilang keberanian untuk melakukan reformasi. Apa yang penting, arah kita mesti jelas. Kita mesti tahu apa yang hendak dibetulkan dan kita mesti terus bergerak ke arahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata PKR perlu memperkemas komunikasi parti, supaya pencapaian kerajaan dapat difahami dan dirasai rakyat.

Beliau berkata kerajaan tidak boleh menganggap rakyat akan mengetahui dan memahami sesuatu pencapaian, hanya kerana sesuatu dasar atau program telah dilaksanakan.

“Saya sangat setuju. Kita tak boleh mengeluh rakyat tak faham kita kalau kita sendiri gagal menerangkan. Selepas kongres ini, saya harap kita dapat melihat gerakan komunikasi parti yang lebih tersusun, lebih pantas dan lebih dekat dengan bahasa rakyat,” katanya.

Beliau turut menggesa parti menguasai naratif di media sosial dan tidak membiarkan ruang berkenaan di dominasi pihak lawan.

Zaliha berkata kemenangan dari segi angka dan dasar tidak semestinya menjamin penerimaan rakyat jika parti gagal memenangi “rasa” mereka, sekali gus tidak memandang ringan kepentingan menguasai medan naratif. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *