AUKU Akan Dimansuhkan Sepenuhnya, Tiada Undang-undang Baharu Kongkong Mahasiswa – Anwar

MELAKA – Kerajaan memberi jaminan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dimansuhkan sepenuhnya, tanpa pengenalan sebarang undang-undang baharu yang bersifat mengongkong  atau menekan gerakan mahasiswa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau sendiri akan memperingatkan perkara itu, dalam mesyuarat Jemaah Menteri. 

“Ada kebimbangan, kadang-kadang dibatalkan AUKU (dan) diperkenalkan undang-undang baharu yang juga mengongkong mereka.

“Saya juga tidak bersetuju terhadap apa-apa pindaan atau gantian (undang-undang) yang mengongkong dan menekan kegiatan mahasiswa,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bersempena dengan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2026, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Anwar berkata peruntukan undang-undang sedia ada termasuk berkaitan jenayah, sudah memadai untuk menangani sebarang salah laku yang mungkin dilakukan oleh kumpulan mahasiswa.

Beliau berkata sebagai warganegara, mahasiswa tertakluk kepada undang-undang umum yang terpakai kepada semua individu, sekiranya mereka melakukan kesalahan.

“Mahasiswa sebagai rakyat biasa, ada undang-undang jenayah, ada undang-undang yang memang terpakai kepada semua.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kalau dia pukul orang, kalau dia menyebabkan kecederaan, kalau dia menipu dalam peperiksaan, itu undang-undang sedia ada (mencukupi untuk hukuman),” kata Perdana Menteri.

AUKU sebelum ini telah melalui tujuh siri pindaan sejak diperkenalkan pada 1971, termasuk pindaan pada 2012 yang membenarkan mahasiswa menyertai aktiviti parti politik di luar kampus.

Pindaan terbaharu pada 2024, menyaksikan tindakan tatatertib terhadap pelajar di universiti awam tidak lagi tertakluk pada kuasa Naib Canselor, sebaliknya diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar menerusi pindaan Seksyen 16B AUKU.

Selain itu, penambahbaikan Seksyen 15A AUKU membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar dan badan pelajar memungut wang serta menerima sumbangan dalam apa-apa cara, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *