MARA Gantung Serta-merta Petugas Didakwa Terlibat Gangguan Seksual

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung serta-merta tugas seorang pekerjanya susulan dakwaan salah laku gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya lapan pelajar di sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang terlibat.

Beliau berkata perkara itu terbongkar selepas menerima mesej secara terus daripada beberapa pelajar mendakwa menjadi mangsa, sebelum mengarahkan pengurusan MARA mengambil tindakan segera.

“Puas saya memujuk mereka agar buat juga laporan polis kerana ia membabitkan kes jenayah. Saya pelik pelajar tersebut lebih berani mengadu terus kepada saya berbanding pihak pengurusan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Asyraf Wajdi berkata MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang perilaku songsang dan memberi jaminan tiada kes akan disorokkan atau didiamkan atas alasan menjaga nama baik institusi.

“Jangan takut buat laporan atas sebarang salah laku, terutamanya gangguan seksual. MARA tidak sesekali akan berkompromi perilaku songsang dan akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja pihak yang terlibat,” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *