AUKU: Kerangka Perundangan Setara Penting Perkukuh Tadbir Urus IPT

KUALA LUMPUR – Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) perlu disusuli dengan pewujudan kerangka perundangan yang setara bagi menjamin kelangsungan tadbir urus dan kualiti pendidikan tinggi negara pada peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata sebarang perubahan terhadap kerangka perundangan pendidikan tinggi perlu dibuat secara menyeluruh dan berhati-hati bagi mengelakkan wujud kekosongan dari aspek peraturan, tadbir urus serta pemantauan institusi.

Beliau berkata sistem pendidikan tinggi memerlukan garis panduan dan tatacara yang jelas bagi memastikan pengurusan serta pentadbiran universiti kekal teratur dan bertanggungjawab.

“Sebarang keputusan berkaitan pemansuhan AUKU perlu didahului dengan pendekatan komprehensif sebagaimana disarankan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) termasuk menilai secara menyeluruh implikasi perubahan terhadap ekosistem pendidikan tinggi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pendekatan ini penting bagi memastikan usaha memperkukuh sistem pendidikan tinggi negara tidak menjejaskan agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Shatar berkata kualiti pendidikan negara hari ini dipandang tinggi oleh dunia dan usaha membina kualiti pendidikan negara yang telah dilaksanakan sejak merdeka perlu terus diperkukuh.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru masyarakat untuk memberikan kepercayaan penuh kepada KPT dalam usaha membincangkan perkara berkaitan akta tersebut.

Beliau berkata ia selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 yang dilancarkan pada Januari lepas menerusi agenda Akta Satu Pendidikan Tinggi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PKR bersempena dengan Kongres Nasional PKR 2026 mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU bagi memberikan kebebasan dan ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini.

Anwar berkata keputusan itu dibuat susulan memorandum dan pandangan kepimpinan mahasiswa yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap akta tersebut. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *