RXZ Members: Pendaftaran peserta lebih komprehensif pada edisi akan datang – JPJ

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran peserta RXZ Members yang sebelum ini lebih tertumpu kepada urusan pentadbiran seperti pengagihan barangan, kemeja-T dan penyertaan cabutan bertuah akan diperluas bagi merangkumi maklumat berkaitan peserta dan kenderaan, pada edisi akan datang.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya mencadangkan proses pendaftaran dibuat lebih ketat dengan peserta mengemukakan maklumat yang diperlukan seperti lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan dalam sesi libat urus JPJ bersama penganjur semalam, sebagai antara langkah menambah baik aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang dalam penganjuran program berkenaan.

“Sesi libat urus semalam dilaksanakan oleh Bahagian Penguat Kuasa JPJ. Kita bagi pandangan, nasihat dan mencadangkan beberapa perkara, antaranya seperti proses pendaftaran perlu dibuat dengan lebih teliti, dengan peserta diminta untuk membuat pendaftaran, memberikan maklumat yang diperlukan seperti lesen memandu, LKM dan sebagainya. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ini penting untuk kita agar pihak penganjur juga boleh bertanggungjawab terhadap peserta program akan datang,” katanya dalam sidang media selepas program libat urus media bersama pengurusan tertinggi JPJ di sini hari ini.

Aedy berkata penganjur tidak membantah cadangan berkenaan, malah bersetuju untuk melaksanakannya selain sudah mengambil beberapa tindakan bagi memastikan peserta mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat segelintir peserta yang gagal mematuhi peraturan sehingga mencalarkan imej program berkenaan, walaupun penganjur sebelum ini sudah bertemu JPJ dan polis di Terengganu bagi mendapatkan nasihat berkaitan pematuhan undang-undang.

Beliau berkata keadaan itu mendorong JPJ mencadangkan pendekatan baharu menerusi proses pendaftaran yang lebih menyeluruh bagi memastikan maklumat yang dikumpulkan tidak terhad kepada urusan pentadbiran semata-mata.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Aedy berkata JPJ sebelum ini sudah memberi peringatan bahawa pihaknya tidak akan menyokong program berkenaan sekiranya isu serius, khususnya kemalangan maut terus berlaku.

Pada 4 Ogos lepas, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali memaklumkan 46 kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal direkodkan sepanjang RXZ Members 8.0 dari 30 Julai hingga 2 Ogos, termasuk 11 kes maut, lima parah dan 30 ringan. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *