BNM Beri Amaran Lima Kali Mengenai Kedudukan Kewangan TH – Zulkifli

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan surat peringatan sebanyak lima siri kepada pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan Menteri Hal Ehwal Agama mengenai masalah jurang antara aset dan tanggungan TH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata pengurusan TH telah diberi amaran sebanyak lima kali bahawa keadaan itu perlu diperbetulkan segera bagi memastikan TH tidak terus melanggar undang-undang.

“Kedudukan TH ketika itu berpotensi menimbulkan risiko sistemik (systemic risks) kepada kestabilan kewangan negara. Malangnya, surat-surat tersebut tidak diendahkan oleh kepimpinan TH pada ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan menteri mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan usaha serta tindakan yang diambil bagi memulihkan kedudukan kewangan institusi tersebut, pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata peringatan BNM itu disusuli dengan teguran Ketua Audit Negara dalam Laporan Penyata Kewangan bagi 2017.

Beliau berkata Ketua Audit Negara telah mengeluarkan penegasan perkara (Emphasis of Matter) mengenai perubahan polisi rosot nilai yang dilakukan sebanyak dua kali dalam tahun yang sama untuk menunjukkan keuntungan yang lebih tinggi untuk 2017.

“Lanjutan teguran pihak berautoriti, lembaga baharu TH pada 2018 melantik firma audit antarabangsa PricewaterhouseCoopers (PwC) untuk menilai semula kedudukan dan prestasi kewangan TH mengikut piawaian perakaunan yang sah dan benar,” katanya. 

Pada 29 Julai, laporan RCI setebal 211 halaman didedahkan kepada umum, yang mengandungi pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Laporan itu turut mengemukakan 25 syor tindakan penambahbaikan dengan 75 peratus daripadanya telah dilaksanakan oleh TH setakat 30 Julai lepas.

Kerajaan mengumumkan penubuhan RCI pada 2021, diikuti pelantikan ahli-ahli RCI pada 20 Januari 2022, yang menyaksikan laporan RCI kemudianya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Ogos 2022. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *