APMM, PGA Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Pendatang Tanpa Izin

IPOH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan membawa masuk 34 pendatang tanpa izin melalui laluan laut dalam satu operasi bersepadu di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Perak dekat Lumut, awal pagi semalam.

Pengarahnya Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata operasi yang bermula pada Sabtu itu melibatkan dua aset, iaitu KM Nusa dan Bot Penggalang 1639 bagi melaksanakan rondaan, pengesanan serta pemintasan terhadap bot yang disyaki membawa pendatang berkenaan.

Beliau berkata pada 4.20 pagi (9 Ogos), Bot Penggalang 1639 mengesan sebuah bot yang dipercayai dari Indonesia, dan disyaki membawa pendatang tanpa izin bergerak dalam keadaan gelap menuju Pantai Teluk Frigi.

“Menyedari kehadiran aset penguat kuasa, bot tersebut bertindak memecut laju menuju ke arah pantai sebelum menghampiri kawasan berkenaan. Tim Darat PGA yang berada di lokasi kemudiannya bertindak pantas dan berjaya menahan 34 pendatang tanpa izin pada 5 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohamad Shukri berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki dan 12 perempuan serta mereka telah diserahkan kepada pihak PGA untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kejayaan operasi itu membuktikan keberkesanan kerjasama dan tindakan bersepadu antara APMM dan PGA dalam mengekang cubaan kemasukan pendatang tanpa izin serta aktiviti rentas sempadan melalui laluan laut. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *