Tiga Anggota Polis Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Bertugas di Beaufort

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian tragis di Beaufort, Sabah, petang semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 5.50 petang itu, ketiga-tiga anggota dari Balai Polis Weston dipercayai sedang melakukan aktiviti mengambil buah kelapa apabila galah besi yang digunakan tersentuh kabel elektrik berhampiran kawasan berkenaan.

Sentuhan itu dipercayai menyebabkan berlaku renjatan elektrik yang kuat sebelum semua mangsa rebah di lokasi kejadian.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Koperal Chiu Teck Siong, 40; Konstabel Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29; dan Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, 26.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ketiga-tiga anggota berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Beaufort untuk tindakan lanjut.

Tragedi itu mengundang rasa pilu dalam kalangan warga PDRM, khususnya rakan setugas yang mengenali ketiga-tiga anggota terbabit sebagai individu yang menjalankan amanah dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.

Susulan kejadian tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tiga anggota polis berkenaan.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkata, siasatan terhadap tragedi itu perlu dilakukan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau turut menegaskan, langkah penambahbaikan perlu diberi perhatian supaya insiden seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang, dan memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ketiga-tiga mangsa serta seluruh warga PDRM yang kehilangan anggota mereka.

Menurut beliau, jasa dan pengorbanan Koperal Chiu Teck Siong, Konstabel Mohamad Nur Hafiz dan Konstabel Muhammad Raimi dalam menjaga keamanan serta keselamatan negara akan sentiasa dikenang.

Kehilangan tiga anggota itu menjadi satu lagi peringatan mengenai risiko yang dihadapi anggota keselamatan ketika melaksanakan tanggungjawab, termasuk ketika menjalankan tugasan di luar jangkaan demi khidmat kepada masyarakat dan negara.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *